hmm 1 year relay kita . habis begitu sahaja dimamah masa . hati aku memberontak mengatakan aku mahu kau lagi seperti dulu ! tetapi kau , seperti endah tak endah sahaja . aku tahu kita masih menyayangi tetapi aku merasakan aku sahaja yang bertepuk sebelah tangan . kau ? hmm .
aku tahu kita mahu bersama kembali , tetapi aku teramat ingin melihat kesungguhan seperti pertama kali kau menginginkan ku . tetapi sekarang tidak lagi seperti dahulu . masa sudah mengubah keadaan kita menjadi renggang .
dahulu , cinta kita sangat teragung . masih kukuh walau dilanda ribut , taufan mahupun petir . tetapi sekarang tidak lagi . kau seperti tidak menginginkan ku lagi , tetapi aku masih memberi harapan yang sangat tinggi kepada kau supaya kembali kepada ku .
dahulu kau terlalu menginginkan ku , sama juga seperti aku . kerana itu aku melarang kau membuat semua bende yang boleh memutuskan kita . tetapi kau tidak faham , dan kau menuduh ku . kau berkata yang aku terlalu mengongkong kau . mungkin itu memang silap aku . aku terasa amat bersalah . tetapi pabila aku beri peluang lagi , kau seperti tidak mengendahkan peluang itu . malah kau tidak berusaha untuk mendapatkan diri ku semula . aku sangat kecewa .
aku sangat menyesali perbuatan aku pada kau . mungkin kah aku terlalu berlebihan . aku rindu saat kita bergembira , bersedihan , berair mata , bergelak tawa . semua nya .
hmm tetapi itu hanya tinggal kenangan . aku menginginkan mu , tetapi kau membuang kau . harapan ku telah musnah , hanya kerana mu . aku hanya mahukan kau buat yang terbaik .
aku doakan kau bahagia dengan sesiapa pun selepas ini . jika kau gembira , aku turut serta .aku harap kau boleh ambil pengajaran sepanjang satu tahun satu bulan dua minggu kita bersama . air mata ku tetap untuk mu .